January 30, 2025

#AlFatihahMak : 02

 بسم الله الرحمن الرحيم


91 days since you left us, Mak 💔


adakah kite okay? - tidak
tapi kita cuba nampak okay ; untuk Abah

kite menangis tak? - sudah tentu
tapi kita cuba tak menangis ; untuk Abah

January 26, 2025

KULANGITKAN #TanggalDuaEnam : 03

بسم الله الرحمن الرحيم




untuk satu kemustahilan yang dirasa
aku meletakkan satu lagi hal
yang padanya aku lebih berbesar hati
untuk mengungkapkan apa sahaja
kepada Dia ;

sesuatu yang istimewa
yang di dalamnya sangat penuh
tentang harapan dan keajaiban
disebalik segala ketidakmungkinan