November 28, 2022

Re : #YangDikenang : "Zaman Form Six"


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Ogos 16 ; 2016



Masa memang berlalu terlalu pantas.
Pabila kenangan semalam menjengah menghantar memori yang pernah bertamu pada waktu dulu 


"Zaman Form Six" adalah satu pengalaman yang aku rasa sangat indah dan membahagiakan. Zaman dimana semua orang berada dalam keadaan separa remaja-dewasa. Zaman sekolah yang penuh suka duka. Zaman yang mengajar hidup memikir soal cita-cita dan cinta. Zaman yang mendidik untuk terus kembali bangun jika jatuh. Jangan pernah putus asa jika gagal Zaman ini juga adalah merupakan proses masa yang membuat buah fikir jadi matang. Hala tuju hidup perlu di cari. Kejayaan adalah dari tangan dan kaki sendiri. Bukan datang bergolek. Bukan senang-senang di dapatkan. 

November 16, 2022

Adakah mencintai seseorang sesakit ini?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM






bila rasa yang kau simpan-pendam kadang membuat kau berfikir banyak kali
adakah pantas ia diperjuangkan sampai ke saat ini?
perlukah hati terus mendakap erat ia meski kepastian tak pernah ada?
atau ... diri masih tak boleh menelan kenyataan?

aku sendiri bingung dengan apa yang aku mahu
mengakui bahawa tak sepenuhnya rasa ini hilang
perlahan terbuang tapi masih ada sisa
yang tetap ada membekas - lama

aku terlalu setia pada perasaan yang hanya angan
atau aku cuma bodoh dengan bayangan sendiri?