BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Ogos 16 ; 2016
Masa memang berlalu terlalu pantas.
Pabila kenangan semalam menjengah menghantar memori yang pernah bertamu pada waktu dulu
"Zaman Form Six" adalah satu pengalaman yang aku rasa sangat indah dan membahagiakan. Zaman dimana semua orang berada dalam keadaan separa remaja-dewasa. Zaman sekolah yang penuh suka duka. Zaman yang mengajar hidup memikir soal cita-cita dan cinta. Zaman yang mendidik untuk terus kembali bangun jika jatuh. Jangan pernah putus asa jika gagal Zaman ini juga adalah merupakan proses masa yang membuat buah fikir jadi matang. Hala tuju hidup perlu di cari. Kejayaan adalah dari tangan dan kaki sendiri. Bukan datang bergolek. Bukan senang-senang di dapatkan.
Zaman yang banyak kisah sedih gembira yang dijadikan pedoman dan galakan hari kedepan. Zaman yang betul-betul membuat hati ini rindu akan persekolahan. Rindu menjadi anak-anak sekolah yang kurang beban dan boleh saja jadi kebudak-budakkan Zaman ini juga adalah satu bukti untuk diri aku sendiri. Walau kita pernah gagal sebelumnya, tak bermakna akan gagal terus selamanya. Dan tiap apa yang kita usahakan itu pasti akan ada ganjaran yang setimpal. Apapun yang terbaik adalah dari kentalnya semangat dan kesungguhan kita untuk berjaya
Ini adalah zaman yang banyak mengajar aku tentang kehidupan.
Bukan sahaja untuk dunia tapi hari Nyata. Zaman bermula perubahan dalam banyak benda 💐
Bukan sahaja untuk dunia tapi hari Nyata. Zaman bermula perubahan dalam banyak benda 💐
Alhamdulillah --
Terima kasih pada setiap yang ada sepanjang aku berada dalam zaman ini.
Terima kasih kerana menjadi sesuatu yang diingati dan dikenang-kenangkan.
Terima kasih kerana menjadi sesuatu yang diingati dan dikenang-kenangkan.
In Shaa Allah sampai mati
#GambarWakilTEDI20112012
#BilalahDapatReunionSemua
#RinduGuruDanSahabat
Tambahan : Setiap 'zaman' kita lalui sampai hayat ini ada suka dukanya yang tersendiri yang kita akan kenang sampai bila-bila. Tentunya setiap yang berlaku itu ada cerita dan hikmahnya bukan?
No comments:
Post a Comment