January 2, 2023

Re : Bangla yang Membanggakan



Memungkinkan sesuatu yang tak pernah terfikir dek akal -
mungkinnya sebab kepekaan kita terhadap aliran situasi yang sering
berlaku dalam hidup kebiasaan kita , kosong .

Beberapa hari yang lepas , emak bercerita kepada aku pasal seorang mat bangla 
ada satu petang tuh mak aku lepak-2 sambil baca suratkhabar kat beranda
luar rumah . then bangla yang memang kekadang lalu kat jalan depan rumah aku
kebetulan lalu . pastuh di berhentikan basikal dia . then guess what ?
dia turun and tanya kat mak aku : 'kakak nak epal ?' sambil tuh dia hulurkan sebiji
epal kat mak aku . padahal mak aku kata dalam beg plastik tuh just
ada 4,5 biji je . mak aku noktahkan je cerita dia , aku rasa semacam ,
speechless pun ada . 

motif dia bagi epal ?


anasir negatif thinking langsung tak termelekat dalam hati malah terolah terus
- di situ aku belajar rasa sayang , erti kata lain - Hormat .
bangsa yang berbeza dari kita dari segi lahiriah fizikalnya tetapi intipati 
dalaman as a muslim still di terap teguh dalam hatinya .
aku terkesan dengan caranya itu , amat terkesan . 
padahal tak kenal pun , just mengenali secara spontan since dia
lalu di hadapan rumah untuk pergi kerja . hanya berbalas teguran dan senyum .


ALLAH tunjuk keluarbiasaan daripada perkara yang biasa sahaja
- simple , easy , terbaik .

kemanusiaan yang ada pada manusia itu menjadikan dia 'Hero' dalam
ketamadunan tertinggi manusia sekarang . Umpamanyalah (:
Bukan pengiktirafan sebenar .
Bila di imbau kembali  , aku tersenyum .
Bangla yang Membanggakan 



*Post ni aku pernah buat 15/10/2011, makna dah lebih 10 tahun. Tapi kisah ini tetap melekat dalam hati dan fikiran aku. Momen manis yang ALLAH SWT tunjukkan untuk buka mata dan jiwa aku :)

2 comments:

  1. Haha , dia bagi apple ? Lawaklah bangla tu :|

    ReplyDelete
  2. yup , bg apple merah sebiji .
    macam lawak kan ? but rasa terharu pun ada ..

    ReplyDelete