June 21, 2020

Hello Bandung 2020 – Part 2


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM




Hai! Kita sambung balik cerita pasal jalan-jalan Indonesia Hello Bandung 2020 - Part 1


MashaaAllah sungguh lama ya kawan-kawan perjalanan dari Bandung ke Kebumen Jogjakarta. Lumayan panas montot panas hati sengal badan pening kepala semua nak tunggu bila laa sampai hotel ni hahah. Aku lupa exact masa bila kitaorang sampai hotel tapi yang pasti lobi hotel dah gelap ada lampu oren samar-samar tu je 😂 Rasa lebih 5, 6 jam juga la kat jalan. Perjalanan masa siang memang bestlah tengok pemandangan kiri kanan jalan. Lalu perkampungan dan mostly area sana banyak pertanian sawah. Kehijauan je saujana mata memandang dan area sana memang sejuk-sejuk nyaman serious jatuh cinta dengan cuaca sana dan alam sekelilingnyaaaaa! Kitaorang stay kat Meotel (ada kat post before boleh cekidaut) semalam je, esoknya lepas sarapan terus gerak ke Kampung Korowelang, Kutowinangun dimana nak melawat/menziarahi saudara mara Dedy belah ayahnya macam wak-wak paman bibiknya yang ada di sana. 

June 15, 2020

Hello Bandung 2020 !


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



 BANDUNG + GARUT + KEBUMEN
02 - 07 FEBRUARI 2020



F U L L S Q U A D !


| DEDY - MAK - NURUL - INA - ELI - EMI - ALIA - MIRA |



Akhirnya jadi juga la haa taip pasal ni even stop sambung stop je berapa kali huhuhu.. Selepas beberapa bulan berlalu, valid laa jugek kan nak share heheh. So pendek cerita macam mana tetiba boleh fly over the sea, ada satu malam nan hening tetiba dapat call dari Dedy, a few sec after hello, terus tanya, nak pergi Bandung tak ikut DedyMak and Adik4? Aku macam haa? Bilaa? Kalau lambat lagi boleh laa. Bulan 2 ni, awal bulan. Whattt? sebulan lebih lagi hahaha Dedy buat lawak laaa. Macam-macam kot fikir, duit laa dengan minggu awal tu busy gilos dengan kerja dan memacam lagi. Minta masa untuk buat keputusan kahkah macam apa jee. Then dah fikir semua segala benda, fikir ni peluang bukan selalu dapat, so alhamdulillah, aku kata Yes?!
(Thankyou DedyMak for everything!!!)

June 6, 2020

Re : #WarkahSatu : Tiada Batas Rintih Buat Sang Wakeel





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM










Ada waktu ilusi membutakan mata untuk melihat 
Manakala hati turut tertutup untuk menerima
Serta telinga seakan tuli untuk mendengar

Bayangan indah yang dipenuhi dengan kuntuman bunga mewangi
telah membiaskan kejelekkan yang menebar .

Tanpa pesan ; 
Jiwa terbuai dengan keasyikan yang memujuk 
Disebalik alun riak nan palsu .

Tiada batas rintih buat Sang Wakeel --