June 15, 2020

Hello Bandung 2020 !


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



 BANDUNG + GARUT + KEBUMEN
02 - 07 FEBRUARI 2020



F U L L S Q U A D !


| DEDY - MAK - NURUL - INA - ELI - EMI - ALIA - MIRA |



Akhirnya jadi juga la haa taip pasal ni even stop sambung stop je berapa kali huhuhu.. Selepas beberapa bulan berlalu, valid laa jugek kan nak share heheh. So pendek cerita macam mana tetiba boleh fly over the sea, ada satu malam nan hening tetiba dapat call dari Dedy, a few sec after hello, terus tanya, nak pergi Bandung tak ikut DedyMak and Adik4? Aku macam haa? Bilaa? Kalau lambat lagi boleh laa. Bulan 2 ni, awal bulan. Whattt? sebulan lebih lagi hahaha Dedy buat lawak laaa. Macam-macam kot fikir, duit laa dengan minggu awal tu busy gilos dengan kerja dan memacam lagi. Minta masa untuk buat keputusan kahkah macam apa jee. Then dah fikir semua segala benda, fikir ni peluang bukan selalu dapat, so alhamdulillah, aku kata Yes?!
(Thankyou DedyMak for everything!!!)



Ni haaa kena buat laa passport baru. Terus buat 5 tahun.
Tapi entah bila lagi laa haa boleh jalan. Memusim Corona ni tak kemana-mana laa~


Kitaorang pergi ada 2 Trip sebab booking flight tak sama. Mesti sebab aku juga tu huhuh sorry semuaaa 😢 So aku, Nurul, Alia & Emi pergi awal, gerak ahad pagi. MakAyah Alia yang hantar ke KLIA kitaorang naik flight Malindo Air. Semua get ready dengan mask & hand sanitizer. Masa pergi ni kes Covid-19 baru soksek soksek laa kat Malaysia. Tak silap kes yang kat Singapura bagai tuu. Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik sihat-sihat saja. Just masa sampai kat airport Bandung kitaorang kena isi form pasal details diri, perjalanan & info kesihatan camtu laa. Maybe sebab kes Covid ni kot. Agaknya laaa~ 😊  See ambil gambar pun tak nampak senyum ke idok heheh 




Kitaorang sampai dah ditunggu oleh Tour Guide iaitu PakJet (tak sure nama betul dia apa 😂) PakJet ni mula-mula pendiam je, tapi lama-lama okay dia ngam borak dengan Dedy.. Sampai tu dia bawa kitaorang pergi beli makanan, ayam penyet bungkus makan kat hotel. Check in rehat-makan-gosip sampai ke malam haa Adik (Emi) siap order Richeese - fast food macam Kepci.


Esoknya subuh Ina, Eli, Dedy & Mak pula terbang dari Malaysia 



💓 💓 💓 💓 💓 💓 💓



Sunkissed kat bilik hotel hahah ni siap-siap nak breakfast then pick up diaorang



Ni roommate titew selama seminggu heeee. Machehh Yaaa sudi tak sudi sebilik dengan akak heheh Mohon maaf kalau kecoh ke ada ngorok ke apa kee. Huhuh


💓 💓 💓 💓 💓 💓 💓



🏨   H O T E L   🏨


Sepanjang kat sana, kitaorang stay kat 3 buah hotel iaitu Kampioen Hotel kat Bandung, Meotel kat Kebumen dan Hotel Agusta kat Garut. Haaaa kalau pergi jalan mesti nak juga penginapan yang selesa kan? Even murah ke mahal ke mesti keselesaan tu penting! Same goes with us ~



1. Kampioen Hotel, Bandung


Suami Isteri tu owner Travel Agency kitaorang guna sepanjang kat sana
Boleh survey sini  Kiki Travel Bandung

Tak silap diaorang ada join venture laa kot dengan hotel ni sebab office & kenderaan semua macam ada je kat bahagian basement hotel tuu. Merasa tukar transport tapi PakJet jugaklah driver tak nak orang lain wuuu.. Syok banyak kerusi bersepah duduk selesa gilaa 😁



View tingkap bilik. Luar tu just nampak rumah & pepokok jee tapi nice laa nampak sunrise
Lepastu masa first day tu kitaorang dapat connecting room so memang keluar masuk bilik memasing laa berempat tuu lepak makan kat bilik Nurul & Adik.. Bagi aku selesa semua memang kalau santai dalam bilik je pun takpa hahaha. Ohh masa dua hari terakhir tuu kitaorang duduk hotel ni juga tapi dapat aras lain. AkuAlia dapat bilik double. Luas benorr~ aaaa rindu pulekksss



Makanan semua sesedapppp! Banyak kitaorang makan padahal breakfast hahah. Kawasan luas dan deco cecantik even nampak simple. Memang kitaorang reccommend sesangat lah! 👍👍👍


rinduuuuu makanan hotel wuwuwuw



2. Meotel, Kebumen Jogjakarta



Sini stay semalam jee. Kitaorang sampai dah lewat malam sebab perjalanan dari Bandung ke Kebumen sumpah lama gilaaaa. Hotel ni deconya cuteeee! Kat dinding hotel, lif, lorong bilik semua ada macam poster-poster lucu. Ayat-ayatnya lawak laaa. Tapi takda lak gambar. Huhuh. Nice laa bilik pun bagi aku okayy semua selesa. Cuma aku pelik apahal laa bilik air hotel suka guna kaca yang nampak bayang tu. Kitaorang mandi ke apa tutup lampu hahaha. Kat sini kitaorang share tiga orang sebilik, tapi ada kisah seram melanda bilik Ina, Eli dan Emi. Jengjengjeng~  Nahhhh survey sini  Meotel Kebumen



Fooooooddddd shoooooo sedappppp bangettt!
Meja kitaorang memacam ambil hahah




over lak brightness ni maappppp~


3. Hotel Augusta, Garut


Ni pun dah malam haaaa sampai Garut dari Kebumen. Rupanya pihak travel tak booked kan siap-siap so mencari laa haaa nak duk mana. Dedy kalau boleh nak hotel yang ada air panas / kolam air panas tu sebab kat area Garut popular. Macam Kampung Sumber Alam tu, ce google. Lawaa situuu! So dah takda pilihan, check in laa kt Agusta ni. Memang hotel biasa-biasa dan kalau tengok deco simple gila and nampak oldschool plus quite scaryy uhuuuu~ Masa rombongan Pra-U dulu dah pernah stay sini so tahu laa keadaan biliknya macam mana. Tapi adik-adik & Mak cakap vibes lama sangat surrounding. Heheh. Sini sejuk gilos best nyaman. Lepastu kat view belakang nampak gunung merapi dari jauh. Tak silap macam still aktif. Overall okayy laa tidur semalam je 




💓💓💓💓💓💓💓💓



Kitaorang start jalan-jalan lepas ambil dorang dari airport dan destinasi yang dituju adalah Pasar Baru Bandung. Sorgaaaa shopping ya sesuai untuk semua golongan besar tapi paling afdol memakcik laaa nak beli memacam kain baju ke langsir ke apa ke. Ada laa memasing shopping barang kat situ, aku kebetulan Ain ada kirim barang so cari semua kat situ alhamdulillah dapat. Mas yang attend kitaorang tu pun baik ramah siap bawakkan segala barang kitaorang beli banyak tuuu 😂 Takda la pulak gambar kat sana hahah google la sendiri ehh acanor tempatnyaaa

Ni haa yang layan kitaorang kat Pasar Baru
Bayangkan guyss ada 12 tingkat pasar ni haaaa sanggup nak jelajah semua?




Nii lepas je dari Pasar Baru on the way nak ke Kebumen, singgah sebentar kat Toko Kue Tiga Rasa. Memacam la ada kat sini, biskut la dodol la kerepek apa semua. Boleh nampak kan kotak-kotak balang bungkusan apa semua tu? Kitaorang boleh je nak makan rasa apa yang nak. Just minta mesti pekerjanya akan bagi. Aku haritu beli biskut Bagelen Cheese (sumpah sedap!) & Pisang Sale (sumpah sedap jugak!) tak banyak pun sebab ingat last day ada singgah memana lagi kan. Huhuh. Ada rezeki bebila nanti nak laa pergi cari lagi or minta Diana ke kirim ke sini 😋


Boleh je nak minta apa apa rasa hahah jangan lepaskan peluang ~



Pak Asep Stroberi againnnnnnnnnnnnn~


Ya Allah tak sangka dapat jejak balik kat sini. Happy gilaaa! Masa jalan nak ke tempat makan tu terus pandang sekeliling mengingat balik memori 2012 kat sini. Rasa macam baru jeee. Omo~ aku sampai sini semula dan tetap lawa macam dulu! PAS ni banyak cawangan tapi kat mana je aku tak sure boleh usha sini Pak Asep Stroberi & kenapa namanya stroberi dan ada ke idok buahnya boleh baca situ heheh sebab aku tak ternampak la pulak ada tanam ke tak kat situ



Konsep rumah makan Sunda kat lereng bukit bersawah. Kalau perasan kat gambar ni ada nampak macam rumah-rumah atas bukit nuu. Ya Allah, pemandangan yang menenangkan sangat. Ni laa tempat aku paling nak sangat datang lagi. Makanan takyah cakap laa sedap ya ampun

Nasi Liwet + Ikan Ayam Bakar + Karedok (macam pecal) + Tahu Tempe + Lalapan


Konsep pondok-pondok macam ni kat lereng bukit. Makan bersila santai santai macam kat rumah
Nice kan? dah laa suasana kehijauan dan sejuk nyaman 👍👍👍


📷 by Syafi Alia


💕 Alhamdulillah.. Terima kasih Tuhan atas peluang ke sini lagi 💕




Kemudian kitaorang pun mulakan perjalanan ke Kebumen yang sangat jauh dan lama itu
Tidur bangun tidur bangun sampai ke sudah nak tunggu tak sampai-sampai
Dan esoknya sambung jalan lagi !






p.s : panjang sangat dah bebel so sambung part 2 pula ya byeeee ✌





No comments:

Post a Comment