November 16, 2022

Adakah mencintai seseorang sesakit ini?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM






bila rasa yang kau simpan-pendam kadang membuat kau berfikir banyak kali
adakah pantas ia diperjuangkan sampai ke saat ini?
perlukah hati terus mendakap erat ia meski kepastian tak pernah ada?
atau ... diri masih tak boleh menelan kenyataan?

aku sendiri bingung dengan apa yang aku mahu
mengakui bahawa tak sepenuhnya rasa ini hilang
perlahan terbuang tapi masih ada sisa
yang tetap ada membekas - lama

aku terlalu setia pada perasaan yang hanya angan
atau aku cuma bodoh dengan bayangan sendiri?



dan jika aku cuba membuka ruang usang
yang hanya penuh kenangan ini
adakah ia mampu membuka mimpi?

aku ingin jumpa tempatku berlabuh
pulangnya aku dalam segala perasaan yang ada
yang akhirnya akan tetap pada kata kita
di jalanNya --


jadi aku masih tertanya
adakah mencintai seseorang sesakit ini?



No comments:

Post a Comment