March 13, 2021

Re : Pejamkan Matamu


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM .







Pejamkan matamu ,
lalu bukakan hati dengan setenang mungkin .

Perlahan-lahan kau kutip kenangan dan amati diam-diam . 

-- Rasainya ;

Seberapa jauhpun kau toleh kebelakang ,
Tataplah tiap susah dan senang yang ada .

Akan kau rasakan pilu ,
untuk cerita yang menduka-tangiskan .
Pada helaian silam yang menyiat perasaan .

Tak mengapa , 
Tetaplah terpejam tenang .

Kini ,
Sudah bertemu episod-episod indah dan bahagia ?
Yang pasti buat kau tersenyum tanpa paksa .

Ambillah ,
Simpan di jiwamu dan ingatan .



Kerana ;
Sebahagian syukurmu tak terdengarkan selalu .
Hanya terlindung disebalik memori yang terlupa .

Moga-moga alhamdulillah mu sentiasa terlafaz merdu .
Dalam suara sunyi hati dan doa-doa untuk Ilahi .


March 10, 2021

Re : Hidup Dengan Jiwa Yang Besar




BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM .





Jadilah manusia yang hidup dengan jiwa yang besar .
Sentiasa berbahagi yang baik-baik sesama yang lain .
Walau adakalanya hampa itu lebih kerap kita tadahi berbanding kebahagiaan .

Pasakkan dalam hati bahawa tiap apa yang kita beri dengan jiwa yang lapang dan tak berkira susah atau senang ,
In Shaa Allah pada hari-hari kemudian pasti akan ada kebaikan yang kita perolehi nanti .



Kan Allah dah beritahu : 
Pintalah , pohonlah padaKu ; 
Akan Aku perkenankan .

Bersyukurlah ;
Kelak kan Aku tambahi lagi ( nikmat-nikmat ) .



In Shaa Allah . Apa-apa pun balik pada Dia .
Memanglah susah kita nak sentiasa berlapang dada , berkongsi macam-macam atau paling selalu kita lupa - Bersyukur .

Perlahan-lahan ya ?
Kita sama-sama cuba .



Alhamdulillah , Ya Allah! :)