BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Kenapa Tuhan tak henti-henti bagi ujian? Kenapa asyik aku yang kena hadap semua masalah ni. Kenapa aku ? Kenapa bukan orang lain? dan persoalan-persoalan sebegini akan kerap disoal diri sendiri malah banyak lagi yang akan diperkatakan bila sedang ada masalah. Kenapa?
Aku tak lari dari memikir benda-benda ni semua. Parahnya aku ni jenis yang akan terfikir lagi-lagi kalau tengah duduk sensorang atau ada benda yang buat aku teringat balik. Perangai aku yang macam ni lah (mungkin) buat aku kadang-kadang larut dan tenggelam dalam emosi sendiri. Tapi.. tapi tak semua perkara akan buat aku jadi terlebih emosi akannya. Aku suka pendam, aku tak pernah nafikan. Hmm aku tak pastilah pulak pendam tu sesuatu yang baik atau buruk sebenarnya. Hahah. But hmmmm, i'm prefer to take it as a good action? lol
Sejujurnya sekarang ni aku tengah down. Hati tengah rabak sangat-sangat. Ada beberapa orang je yang tahu sebabnya kenapa. Mungkin aku dah terlalu lama pendam macam-macam, ruang nak simpan tu dah penuh, makanya terburai semua berganti air mata. Benda yang buat aku sebak dan nangis teresak-esak. Aku rasa sakitnya kat dada tu macam ditoreh-toreh. Pedih tu macam luka kena curah air laju-laju. Aku paling emosi kalau apa-apa benda melibatkan keluarga, mak abah aku adik beradik aku saudara mara aku. Lagi-lagi pasal maruah keluarga, aku memang pantang orang usik. Benda yang menjatuhkan air muka aku malah orang tua aku.
Aku memang bukan orang senang. Nak kata sederhana pun, sederhana yang seadanya saja. Tak semua aku nak aku boleh ada. Aku pernah terfikir kenapalah aku tak dilahirkan dalam keadaan mewah. Nak apa je boleh minta, itu ini bebila boleh dapat. Kenapalah hidup aku tak macam orang lain, senang macam kawan-kawan aku yang lain. Aku pernah fikir macam tu (Ya Allah ampunkan sikap aku sebegini). Tapi aku akan fikir balik yang semua ni adalah Allah rezekikan, Allah beri untuk aku. Kalau lah aku hidup lebih dari yang sekarang, entah-entah aku lupa diri, aku langsung tak bersyukur dengan apa yang aku ada dan macam-macam lagi yang Allah dah beri. Tak semua tahu kisah hidup aku macam mana dari dulu sampai sekarang. Yang tahu, tahulah. Yang sekadar nampak sebegitu, ya begitu. Aku dari kecil memang susah nak kongsi apa yang aku rasa kecuali untuk hal-hal tertentu dan pada orang-orang tertentu juga. Cara aku nak pujuk balik hati aku, macam ni lah. Menulis. Sedikit sebanyak aku lega. Tapi tak lah se lega dan setenang bila kita mengadu kat Allah.
Benda yang terkesan kat hati sangat susah nak hilangkan. Ada yang makan masa bertahun lamanya. Tak padam-padam. Apatah lagi nak luput dari ingatan, takkan. Aku akan ingat walau macam mana pun. Aku boleh maafkan, tapi aku tak lupa. Tapi ada orang kata selagi kita ingat tu sebenarnya kita belum betul-betul memafkan dalam hati. Entahlah, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Sedangkan Allah pun ampunkan hamba-hambaNya, kenapa aku kena keras hati tak nak maafkan sesama manusia, kan? Hmmm cakap memang senang. Pungpangpungpang aku boleh cakap tapi hakikatnya yang merasa dan apa yang dirasa? :') Allah sahaja yang tahu.
Apa yang berlaku ni mesti ada hikmah. Mungkin aku tak nampak sekarang, esok lusa Allah beri juga. Allah nak gantikan yang lebih baik dalam hidup kita. Allah nak dengar kita mengadu kat Dia sebenarnya. Yelaa aku ni leka sangat dah agaknya dengan dunia. Aku ingat apa yang Ulfah cakap, "kita ni Allah beri ujian tanda Allah sayang dan ingat kat kita. Kalau Allah dah tak uji, Allah dah tak nak pandang kita, tak kisah kat kita dah, na'uzubillah." Syukran Ulfah :')
Moga hati segera pulih dari kesedihan. La tahzan. "Akak kena qowiy", katanya. Betapa bersyukurnya aku sebab dapat kenal dengan seorang adik yang sangat baik akhlaknya. Kata-kata yang sering dikongsi buat aku sedar banyak benda. In Shaa Allah, ada hikmah dan ibrah atas apa jadi. Aku yang kena hadapi dengan hati yang ikhlas meski perit. "Kita kena jujur, meskipun jujur tu menyakitkan". Allahu, sedas lagi masuk dalam hati. Huhuh.
Moga Allah permudahkan segalanya.
Aamiin
🌼
No comments:
Post a Comment