BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
|Aishah|Lata|Waheedah|Rehe|Dila|Cong|Aliya|Tira|
#GengBadminton ni nama group wassap kitaorang yang wujud entah bila
tarikhnya pun aku tak sure. Hahah. Siapa yang buat pun aku tak ingat. Rehe kot?
Ke siapa? Mula-mula group ni ada sebab nak menyenangkan kitaorang halo each
other untuk main badminton. 9 orang (sekarang ada 11😁) kat gambor tuh laa dok pakat itu ini main
ke tak etc. Just dari lepak main badminton lama-lama melekat terus laa geng ni
jadi rapat. Sampai bebudak kelas lain cakap geng ni kroni la apa laa. Shak nak
masuk tapi tak dapat masuk masuk. Huhuhu sorry Shak! Tak ada apa pun sebenarnya
kat group wassap tuh melainkan bergurau tah apa merepek-repek je selalunya.
Kalau time waras (hahah sorry gais) pun if kitaorang ada apa-apa assignment
just tanya-tanya gitu. Huhuh. Bayangkan waktu stop seeing sebab praktikal +
cuti sem haritu, almost hari-hari ada je mesej masuk. Pastu bukan puluh-puluh,
beratus sekali masuk kat group tuh je. Pernah gak laa sampai seribu++ Hahaha.
See? Betapa tahapehape laa kitaorang merepek dalam tuu.
As we grow older ececehh, bukan takat berbadminton je. Kitaorang pergi
merayap jalan-jalan kalau free. Uber dan Grab adalah pengangkutan rasmi
kitaorang. Tidak lupa juga kereta Lata dan motor kalian. Terima kasih atas
sumbang bakti yang diberikan. Heheh. Tapi selalunya kalau keluar pun just pergi
makan-makan, boling, karaoke dan cuci-cuci mata. Asal keluar je, just had fun
gituuu. Tapi kalau ikutkan aktiviti wajib kitaorang is makan kot? Hahah. Tak
makan kat luar, kat cafe, tak pun masak sendiri. Either Aishah yang selalu bawa
makanan kalau balik dari Johor (Thanks Mak Aishah sebab sedap sangat masak!)
ataupun kitaorang pakat beli barang then masak sesama pastu makan. Tapi Aishah
aaa yang rajin masak. Sebab tuh laa nama manja dia #Mamacah Hiks.
Kalau diingat-ingat pastu duk tanya rindu apa dengan geng ni, mesti semua
akan cakap main sesama sampai berjam-jam. Pastu lepak-lepak gosip, main game
macam-macam tapi paling best main game Wolf Hahah rindunyaaaaaaa! Then borak
memacam especially cerita hantu, pastu memasing balik cuak. Nak mandi pergi
toilet pun takut. Hahah. Yelaa mana taknya, naik bilik kadang-kadang kul 1 ke 1
lebih then rileks jap dah kul 2 lebih. Huhuh. Mujur ada Mekya to teman each
other. Legaaa~
Hmm hampir setahun kita tinggalkan memori tuh gais. Tetapi ianya tetap
terpahat di sanubari, In Shaa Allah. Macam-macam kot kita buat kan? Always ada
untuk each other. We are not just as buddies, we are a family :) Dalam 9 orang
yang 2 antaranya ialah kumbang Kelate Hahah. Korang semua memang berbeza antara
satu sama lain. But alhamdulillah, the chemistry torboekkkk! Memang lah kepala
memasing ada batu sendiri-sendiri tapi okay okay jekk kan selama ni? Hahahaha.
Mari kita mulakan
dengan cik abe kumbe hok duo tuu duluuu dehh
R E H E
Rehe ni memang
nampak pendiam tapi sebenarnya banyak je cakap dan kuat mengusik. Aku rasa aku
start bercakap borak dengan dia ni sebab Badminton ni laa. Baik macam semua
orang tahu. Calon suami pilihan bagi orang-orang lain. Tapi maaf gaiss, dia dah
berpunya. #OrkedPerak sudah menaut hati abe kito nii. Hahaha. Power badminton
takyah cakap. Banyak kali gak la aku kena smash mamat ni. Ciskek betul. Pastu
suka trick shuttle setiap penjuru court. Penat oi ke kiri ke kanan dok kejar. Hahaha.
Sabor jelaaa~
C O N G
Mangsa kena marah
atau bebel dengan semua orang Hahaha kesian kau Cong. Tapi kau tak ambil hati
kan kan? Kau okayy je kan kan? Cong ni boleh jadi as Shafiq, juga boleh jadi
Shafiqah. Thats why senang masuk kot dengan dia nii. Pastu selalu jadi tukang
booking Uber or Grab Heheh Jasamu dikenang~ Still tak tahu apa jadi dengan
#GadisTudungMaroon mamat ni. Tah dah move on ke belum. Wallahualam. Hmm dia ni
lak king of defend time badminton. Jenuh betul nak smash tak lepas-lepas Hahah
A I S H A H
Geng sama umur so no
hal. Bila sama kepala gila-gila lagi laa no hal. But most of the time, dia ni
kira mak-mak laa kat kitaorang. The matured one bak kata Dr Liney. Heheh. As
aku mentioned kat atas, our #Mamacah forever. Sentiasa mendahulukan anak tekak
perut kitaorang yang always say yes for foodddddd. Thanks mommahh! Aishah
jarang dapat turun main, tapi akan try gak lepak kalau boleh. Ni pun sama
perangai suka trick shuttle lelagi depan net macam si Mekya. Pastu gelak
manjang tengah main Hahah
L A T A
Tak terfikir boleh
baik dengan Soranamlata ni. As her is not same religion with us but, she's
definitely different from others. Aku tak tahu nak describe Lata ni macam apa
tapi kalau korang kenal dia, korang tahu kan dia ni lain? Pemikiran dia, cara
bergaul dia especially pembawakan diri dia dengan orang yang membuatkan aku
selesa dan tak kekok. Orang paling pemurah of course, tak lokek suka memberi.
Tapi #UtajahLata jarang main dengan kitaorang. Tapi ada je kalau lepak ke
keluar ke sesama. Heheh
W A H E E D A H
Bagi aku #DakMelakau
ni pak lawak geng nii. Ada je benda dia buat. Part paling best ialah reaction
dia, memek muka dia kalau dia cakap. Tang mata dia bulat tuu bila
sungguh-sungguh kalau cerita. Hahah. Weeda ni jenis slumber gila-gila ikut suka
dia janji dia happy with that. Gituuu. Baik main badminton ke, main Wolf ke,
boling ke apa, mesti tergelak jela sebab ada je benda si Weeda buat. Hahah.
Selalu gak jadi partner badminton. Pastu memasing stress main sebab kena buli
dengan Cong and Rehe.
D I L A
Bunga dari Sabah bah
sebab tuu kitorang panggil #DilaSabah. Dila tak sama course dengan kitaorang
tapi kitaorang kenal since 1st year sebab sama kolej. Memang jadi rapat lepas
duk Serumpun reramai and badminton. Sopan jak budaknya. Heheh. Dila ni redha je
melayan perangai tahapehape kitaorang. Paling senang deal sebab dia on je
apa-apa plan yang ada. Hahah. Minah power badminton. Smash dia kemainn kau
budak laki pun ada yang kalah dengan dia. Huhuh. Sifu ajar saya please?
A L I Y A
My roommate yang tak
pernah pisah of course. So kalau nak cakap pasal budak ni memang kena entry
khas tentang #Mekya. Hahah. Pendiam pada yang tak kenal, but banyak mulut kalau
dah rapat. Dia memang nampak macam serius, tapi okayy je. Aku syak dia ni
banyak je secret admire, tapi dorang cuak kot sebab Mekya bekeng sokmo (Heheh
Mek :b). Cong suka nyakat dia, padan muka mu kena maroh Cong. Pastuuu dia
terror gila main depan net, pun sama Cong selalu kena kalau main badminton Hahah.
T I R A
Selalu cakap dia ni
beauty with brain. Perfect in many way gituuu. Pandai, cantik, aktif. Salah
sorang yang memang akan on je kalau plan apa-apa. Sebilik dengan Waheed
perangai pun lebih kurang gila-gilanya Hahah. Ni artis geng kitaorang sebab dia
suka karoks. Suara mestilah sodapp merdu se geng dengan si Aishah lelagi nyanyi
lagu high notes Wohooo! Heheh. Tira ni pun boleh tahan oii smash dia. Dah macam
apa je tengok gaya melibas dia tuu. Hahah. Duo cun dengan si Dila lawan dak
laki dua tuu.
S H A K
Orang yang paling bengang dengan kitaorang sebab tak masukkan dia dalam group. Hope kau tak simpan dalam hati, Shak.. Hmm dia ni pendiam tapi okayy je nak borak. Walau kau kadang rasa dia ni macam #takdaperasaan nak layan. Haha. Dia ni masuk kategori unik bagi aku. His personality is unpredictable. Aku pernah cakap warna hitam sesuai dengan karakter dia. Hitam nampak biasa tapi kalau kena cara, ia cantik dan menarik. Gituu. Then dia nii tak selalu turun main tapi ada je join lepak makan sama.
Z I R A
Haaaa nii lagi sorang budak pendiam tapi kalau dah start cakap, ada jelaa yang keluar dari mulut budak nii. Kadang-kadang #garang tauu jangan memain.. Dia jenis selamba je tak kecoh macam kitaorang yang lain. Hahah. Lagi nampak matang dari yang kakak-kakak. Lol. Zira rajin gak dok masak pastu bagi kitaorang makan. Kadang dia pakat dengan si Aishah nak masak apa. Heheh. Walau jarang sangat-sangat join main badminton, tapi dia selalu join kalau keluar makan ke boling ke.. So still lepak sama tapi bukan dok melibas.
S H A K
Orang yang paling bengang dengan kitaorang sebab tak masukkan dia dalam group. Hope kau tak simpan dalam hati, Shak.. Hmm dia ni pendiam tapi okayy je nak borak. Walau kau kadang rasa dia ni macam #takdaperasaan nak layan. Haha. Dia ni masuk kategori unik bagi aku. His personality is unpredictable. Aku pernah cakap warna hitam sesuai dengan karakter dia. Hitam nampak biasa tapi kalau kena cara, ia cantik dan menarik. Gituu. Then dia nii tak selalu turun main tapi ada je join lepak makan sama.
Z I R A
Haaaa nii lagi sorang budak pendiam tapi kalau dah start cakap, ada jelaa yang keluar dari mulut budak nii. Kadang-kadang #garang tauu jangan memain.. Dia jenis selamba je tak kecoh macam kitaorang yang lain. Hahah. Lagi nampak matang dari yang kakak-kakak. Lol. Zira rajin gak dok masak pastu bagi kitaorang makan. Kadang dia pakat dengan si Aishah nak masak apa. Heheh. Walau jarang sangat-sangat join main badminton, tapi dia selalu join kalau keluar makan ke boling ke.. So still lepak sama tapi bukan dok melibas.
Sebenarnya #GengBadminton just nama kitaorang sebab wassap. Yang join main
ni ramai je. Bebudak kelas yang lain ada juga join main kalau dorang free. Ada
gak main kat Dewan Putra 2 atau PJSD dengan si Shakrul, Hanif, Zira, Wafiy,
Diba, Lola, Aman, Aliff, Hasif, Fify, Eya, Ira, Dayah, Adam dan Jie, Ismat dan
#BEMFamily yang lain. Ada yang selalu join ada juga sekali dua dorang join.
Maybe sebab kitaorang selalu stick together kalau lepak ke keluar ke, tuu la
kot melekat kitaorang ni as #GengBadminton. It's an honour for me being one of
the members. Hehehe. Jangan marahhhhh~
Thanks korang yang join kitaorang selama ni. Best dapat main sesama lelagi
kumpul budak-budak kelas selain time kelas. Ingat lagi tak yang kita riadah dan
berbuka sesama masa last month before habis? Seronok kan? Huhuh. Entah bila laa
dapat kumpul buat aktiviti sesama lagi. Mana tahu nanti-nanti kita boleh buat
reunion mengimbau kenangan lalu? Heheh In Shaa Allah. Mudah-mudahan kita
sentiasa ingat :)
Miss you
#GengBadminton!
No comments:
Post a Comment