بسم الله الرحمن الرحيم
ada satu hal yang menyedarkan aku
tentang kata berharap
sesuatu yang kau inginkan
yang betul-betul kau mahu
namun kau telah letakkan ia atas dasar apa ;
sebuah harapan yang mengikut rasa hati
atau sebuah harapan yang kau percaya aturanNya
untuk satu hal ini
aku telah memilih untuk berharap pada kasihNya
apapun yang akan ditakdirkan sebagai jawapan
dan benarlah jika bukan
semahunya kau berdoa
tetaplah tidak menjadi kenyataan
sedih, mungkin ada
kecewa, mungkin juga
marah, sejujurnya tidak
boleh jadi hati telah berlapang
bahawa jalan Tuhan itu tentunya yang terbaik
dan cuba belajar untuk berserah
bukan bermakna kita semata pasrah
tapi yakin sepenuhnya pada Allah ❤
doakan aku ya?
doa baiknya kembali untuk korang juga
sesiapa pun yang terbaca belog ini
doa baiknya kembali untuk korang juga
sesiapa pun yang terbaca belog ini
sekian bye!
No comments:
Post a Comment